Akaun pastialhidayah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

"Ustaz, bila kami boleh belajar dalam kelas yang baru?"





Bayangkan, anak-anak pelajar ini terpaksa belajar dalam ruang yang sempit dan uzur, 
Allahu, jelas sekali mereka inilah yang memerlukan bantuan dan perhatian dari kita semua.

Alhamdulillah, impian pihak PASTI Al Hidayah, Bukit Cempaka kini makin tercapai.
Berkat sumbangan dan sokongan orang ramai, pihak PASTI kini sedang berusaha sehabis daya mengumpul dan mencukupkan dana bagi membina prasarana dan fasiliti kemudahan yang jauh lebih selesa, luas dan selamat untuk kegiatan aktiviti dan pembelajaran anak-anak PASTI di sini. 

Hikmah PKP yang sedang berjalan ini membolehkan kita untuk membantu pihak yang memerlukan. Inilah peluang keemasan untuk kita tambahkan saham akhirat. Justeru, pihak PASTI Al Hidayah amat berbesar hati ingin mengajak Tuan/Puan untuk turut sama membantu membina bangunan baru PASTI ini.

Sesungguhnya, Allah SWT kasih pada hambanya yang gemar membantu orang lain. 

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ

Maksudnya: Dan saling membantulah kamu dalam perkara kebajikan dan ketakwaan. (Surah Al-Ma’idah : 2)




ALAMAT PASTI AL HIDAYAH BUKIT CEMPAKA

Pasti Al Hidayah, Cawangan Bukit Cempaka, Kampung Pasir Putih,Tepoh, 21060, Kuala Terengganu




Untuk makluman Tuan/Puan, pembinaan bangunan PASTI ini telah bermula sejak tahun 2020. Walaupun pembinaan sudah bermula, dek kerana kekangan kewangan yang dihadapi oleh pihak PASTI, ianya telah menjejaskan kelancaran pembangunan bangunan PASTI tersebut.


MASALAH UTAMA YANG DIHADAPI

Ruangan PASTI Al-Hidayah pada ketika ini yang amat terhad telah memberi ketidakselesaan terhadap aktiviti pembelajaran. Selain itu, dengan keadaan PASTI ini yang agak uzur dan rapuh, keselamatan anak-anak pelajar juga di ambang kebimbangan. 

Oleh itu, pihak pengurusan PASTI mengambil inisiatif untuk membina bangunan 2 tingkat yang baru, berkeluasan 76 X 35 kaki iaitu 5,320 kaki persegi, bagi mengantikan bangunan PASTI yang lama. Insya-Allah, dengan keadaan bangunan baru yang jauh lebih selesa, anak-anak pelajar PASTI kini boleh muka fokus sepenuhnya tanpa perlu risau akan bangunan yang uzur.

Berikut beberapa gambar keadaan bangunan PASTI yang lama. Jelas kelihatan keadaan PASTI yang tidak selesa dan selamat.







RM400,000 MASIH DIPERLUKAN UNTUK MENERUSKAN BAKI PEMBANGUNAN PASTI AL HIDAYAH


PERKEMBANGAN TERKINI

 

Pemandangan bahagian atas pembangunan bangunan PASTI Al Hidayah yang baru



Keadaan keseluruhan pembangunan bangunan PASTI Al Hidayah yang baru



Gambar merujuk kepada keadaan semasa pembinaan bangunan PASTI



Walaupun dana pembangunan masih belum mencukupi, pihak PASTI masih berusaha meneruskan pembangunan sedikit demi sedikit



BANTUAN YANG DIPERLUKAN


Selain dana kewangan, pihak pengurusan PASTI Al-Hidayah juga mengalu-alukan sumbangan sahabat kami di luar sana dalam bentuk bahan binaan bagi melancarkan kerja-kerja pembinaan bangunan baru PASTI Al-Hidayah.

Antara bahan binaan yang diperlukan ialah :

Pasir

Besi

Simen 

Kayu

Batu-bata

Playwood


Untuk butiran lanjut berkaitan sumbangan bahan binaan ini, para penyumbang boleh berhubung dengan pihak pengurusan bagi mengetahui keperluan semasa PASTI termasuk keperluan pembelajaran dan guru-guru.

Di kesempatan ini, marilah bersama-sama kita sebarkan kebahagiaan kepada anak-anak PASTI ini dengan membantu pihak PASTI menyiapkan baki pembangunan ini. Jom Tuan/Puan, sambil membantu, sambil dapat ganjaran pahala.

CARA UNTUK MENYUMBANG


Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah:

Akaun: PASTI AL HIDAYAH BUKIT CEMPAKA
No Akaun: 1301 0006 2737 13
BANK MUAMALAT
Reference : PASTI


ATAU

PILIH TAJAAN SUMBANGAN DI BAWAH




Jazakallah khairan jaza' di atas kesudian Tuan/Puan membantu anak-anak PASTI Al Hidayah belajar dalam keadaan yang selesa di masa akan datang. Saya doakan semoga Allah membalas setiap kebaikan yang Tuan/Puan usahakan ini di dunia dan akhirat.



Sijil Pendaftaran PASTI Al Hidayah, Bukit Cempaka


Makluman Tambahan:

1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
3. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk Kos Pengurusan dan Operasi.
4. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi  019-9492595 (Wakil Pengurusan PASTI Al Hidayah)