Akaun pastialhidayah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
DANA PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN PASTI AL HIDAYAH

Keadaan PASTI Al-Hidayah pada ketika ini memerlukan sumbangan ikhlas bagi pembinaan bangunan 2 tingkat berkeluasan 76 X 35 kaki iaitu 5,320 kaki persegi.

Pembinaan telah bermula namun dana masih belum mencukupi bagi menampung kos keseluruhan pembinaan.







Ruangan PASTI Al-Hidayah pada ketika ini amat terhad untuk anak-anak PASTI beriadah. Selain itu, dengan keadaan PASTI ini yang agak uzur. Pengurusan PASTI berusaha untuk membina tempat baru buat keselesaan anak-anak ini.



 




Pihak pengurusan PASTI Al-Hidayah juga mengalu-alukan kepada sahabat kami di luar sana yang turut ingin menyumbang bagi melancarkan kerja-kerja pembinaan bangunan baru PASTI Al-Hidayah.

Antara keperluan pembinaan yang diperlukan ialah :

  • Pasir
  • Besi
  • Simen 
  • Kayu
  • Batu-bata
  • Playwood

Pihak penyumbang boleh berhubung dengan pihak pengurusan bagi mengetahui keperluan semasa PASTI termasuk keperluan pembelajaran dan guru.

Kos anggaran yang diperlukan bagi pembinaan dan keperluan ini adalah sebanyak RM 400,000 bagi membayar hutang kontraktor.

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ

Maksudnya: Dan saling membantulah kamu dalam perkara kebajikan dan ketakwaan. (Surah Al-Ma’idah : 2)

Semoga dengan setiap harta yang tuan/puan sumbangkan memudahkan setiap langkah perjalanan ke syurga Allah kelak dengan memberi kegembiraan buat anak-anak ini.


No Pendaftaran Pertubuhan : 2.01/UPP/19/T




Akaun : PASTI AL HIDAYAH BUKIT CEMPAKA
No Akaun : 1301 0006 2737 13
Bank Muamalat
Reference : PASTI


Makluman:

1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi  019-9492595.




























SIJIL PENDAFTARAN PASTI AL HIDAYAH